Bagaimana pilih perabot yang anda mahu??
Pameran perabot selalu diadakan di mana-mana tempat. Walau bagaimanapun banyak plaza perabot senang dijumpa di Kuala Lumpur juga. Dengan sebab itu, terlalu banyak pilihan dari segi pattern perabot. Ini jugalah menjadi satu masalah besar bagi para consumer untuk memilih.
Bagaimana kita memilih dan membeli perabot yang betul dengan puas hati? Inilah betul pening semasa membuat pemilihan, khasnya bagi golongan “pembelian kali pertama”.
Mengikut pengalaman jualan saya, pelanggan memilih dan membeli perabot adalah berdasarkan dari segi :
reka bentuk,kualiti dan harga!!
Jadi, kamu perlu memahami ketiga-tiga elemen tersebut dan mempertimbangkannya semasa membuat keputusan. Tahniah, anda patut dapat parabot yang sesuai dengan puas hati melalui cara ini!
1. Reka bentuk
Warna, saiz dan fungsi. Itulah perasaan pertama anda apabila menampak sesuatu barangan.
Contohnya, apakah gaya kegemaran anda bagi ruang tamu? Keluasan ruang tamu anda boleh memuaskan set sofa bersaiz besar atau kecil? Sebab anda tidak akan membeli set meja makan yang bergaya Eropah jika ia memang tidak sesuai dengan perabot lain atau saiznya terlalu besar dan tidak dapat masuk ke dalam rumah~
Pelanggan sering tawar-menawar dengan rakan sekerja saya. Pelanggan hanya mahu membeli perabot yang murah tetapi menyesal selepas membeli. Dengan ini, kita barulah perasan bahawa pelanggan tidak suka gaya/reka bentuk perabot tersebut tetapi diminati oleh harga yang murah sahaja.
Oleh itu, sila membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan.
2. Kualiti
Banyak pelanggan akan mempertimbangkan harga perabot terlebih dahulu. Akhirnya, harga yang menentukan segala-galanya. Mereka terlupa teori “Alah membeli menang memakai.”
Perabot tidak seperti pakaian, pakaian boleh ditukar pada bila-bila masa dengan suka hati
Tetapi perabot tidak boleh ataupun kurang ada orang selalu menukar perabot.
Terdapat tiga cara asas untuk memilih, iaitu sentuh, mengetuk, mencuba.
Secara jujur, berapa istilah saintifik yang dikatakan oleh jurujual yang professional boleh anda memahami??? Malah, anda hanya boleh cuba sentuh dan rasa teksturnya, cuba mendengar semasa mengetuk, cuba rasakan keselesaannya.
Perabot yang berkualiti baik tidak takut anda membuat perbandingan.
Saya takut anda tidak mencuba!!
3. Harga
Pengasas Alibaba—Jack Ma berkata : “Bukan banyak barangan palsu dalam Taobao tetapi banyak pembeli yang tamak!
Cuba fikir bagaimanakah seorang pembeli membeli kualiti KERETA BMW menggunakan harga KERETA KANCIL? Jangan bermimpi lagi ya….
Selain kos penghasilan perabot (bahan-bahan mentah) , kos buruh, kos pengangkutan dan kos operasi juga termasuk dalam penentuan harga produk juga. Nak dapat perabot yang murah?? Pengeluaran secara besar-besarnya bolehlah mengurangkan kos. Tambahan pula, Promosi penghabisan stok dan Promosi Khas boleh dapat perabot yang beharga rendah juga!!
Namun, anda mungkin menghadapi risiko tentang isu-isu perkhidmatan selepas membeli.
Saya mencadangkan bahawa pelanggan fikirkan bajet dahulu dan keperluan anda sebelum membeli perabot.Jangan berasa gembira jika dapat beli barangan yang murah. Dan juga jangan menyesal jika terlebih bayar. Yang paling penting adalah barang yang dibeli berbaloi dengan harga!!
Selepas menjelas tiga elemen tersebut, mari kita fokus pada topik
“Bagaimanakah anda memilih perabot dengan bijak?”
Menurut tiga elemen tersebut ( reka bentuk, kualiti, harga ), dimana dua elemen telah mencapai kehendak anda, bolehlah produk itu diambil kira untuk dibeli.
Rajah-rajah yang berikut akan mambantu saya membuat penjelasan dengan lebih lanjut.
Rajah A, B dan C mewakili kehendak anda bagi sesuatu perabot yang hendak dibeli!!
( Perhatian: HARGA YANG LEBIH TINGGI DARIPADA SASARAN ANDA, CARTA BAR AKAN DILUKIS LEBIH RENDAH )
Sebagai contoh : Anda hendak beli meja makan yang berharga =RM1000.
Rajah A :
Meja makan ini adalah design daripada seorang designer yang berperingkat antarabangsa.
Meja makan ini diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan berharga RM1800
Rajah B :
Meja makan ini adalah design daripada seorang designer yang berperingkat antarabangsa.
Meja makan ini diperbuat daripada bahan-bahan biasa dan berharga RM800
Rajah C :
Meja makan ini mempunyai reka bentuk yang biasa.
Meja makan ini diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan berharga RM500
Berdasarkan analisis di atas, anda akan membeli mana satu meja makan?? Patut ada sebuah meja makan dapat memenuhi keperluan anda, hanya nak tahu mana satu elemen yang anda lebih mempertimbangkan ( mengecualikan elemen lain seperti warna, saiz dll )
Jika produk ditunjukkan seperti rajah yang berikut?
Anda akan beli??
Kalau anda membeli mana-mana satu produk yang ditunjuk di atas……saya pasti anda akan menyesal selepas membeli.
Saya bimbang……jurujual yang memperkenalkan produk itu adalah seorang SUPER jurujual yang manis mulut! Kemungkinan besar anda akan membuat keputusan dalam keadaan yang kurang jelas.
Anda mungkin akan menghadapi keadaan yang berikut.
Keadaan ini…..
Penjual : “ Boss, anda mahu apa?”
Tetapi saya takut anda berada dalam keadaan seperti ini
Hahaha….matlamat anda bukan nak beli perabot ya!
Of course!! Memang ada kemungkinan seperti ini :
tahniah!! Anda betul-betul bernasib baik!
Itulah mesti memperkenalkan penjual ni kepada rakan-rakan dan saudara-mara!!
Tetapi….
Sila ingat : Ini standard anda~
Just kidding
Have a nice day : )
Sila teruskan membaca
<Mengapa membeli perabot SQUIRREL>